Waqaf

Waqaf menurut bahasa: Berhenti / Menahan. Menurut istilah ilmu tajwid: Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula. Dalam Al Quran terdapat 6 tanda waqaf yang masyhur di kalangan ulama'

1. Waqaf Tam / Waqaf Lazim ۘ

Berhenti sempurna

Menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sempurna maknanya; tidak terikat lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya dengan kata-kata yang berikutnya.

2. Waqaf Kafi / Waqaf Aula ۗ

Berhenti memadai / mencukupi

Menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sempurna dari segi lafaznya tetapi maknanya masih terikat dengan kata-kata yang berikutnya. Berhenti bacaan padanya adalah lebih utama. Terdapat 581 waqaf Kafi.

3. Waqaf Hasan / Washal Aula ۖ

Berhenti elok / baik

Menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sempurna makna pada dirinya, tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kata-kata yang berikutnya. Menyambung bacaan terus adalah lebih utama. Terdapat 1651 waqaf Hasan

4. Waqaf Qabih / Waqaf Mamnu' ۙ

Berhenti tidak elok

Menghentikan bacaan pada rangkaikata yang tidak sempurna maknanya, kerana makna dan lafaznya masih terikat dengan kata-kata yang berikutnya. Tidak elok berhenti bacaan padanya. Berberapa musyhaf baru tidak lagi menggunakan waqaf ini.

5. Waqaf Jaiz ۚ

Berhenti harus

Menghentikan bacaan pada rangkaikata yang tidak sampai merosakkan maknanya. Jadi seorang pembaca Al Quran harus berhenti bacaan padanya atau pun terus menyambung bacaannya. Terdapat 1903 waqaf Jaiz.

6. Waqaf Ta'anuq ۛ

Berhenti berikat / berpeluk

Sejenis waqaf yang perlu kita perhatikan lebih dahulu di mana kita akan berhenti bacaan pada satu di antara kedua tempat waqaf yang berdekatan. Jika berhenti bacaan pada tanda pertama, maka tidak boleh berhenti bacaan pada tanda kedua. Jika berhenti bacaan pada tanda kedua, maka tidak boleh berhenti bacaan pada tanda pertama.

Waqaf Jibril

Waqaf yang dilakukan oleh Jibril AS sewaktu membaca kepada Nabi SAW dan Baginda mengikut perbuatan Jibril tersebut. Waqaf ini juga disebut sebagai Waqaf Nabawi. Hukum waqaf padanya adalah sunat. Berhenti selepas kalimah;